Renungan

Monday, November 16, 2009

Happy 10th Birthday Adlina 16.11.09


Syukur Alhamdulillah... bertambah setahun lg umur Adlina....Happy 10th Birthday Dear...16.11.09...We all love u so much...

So td kami buat sikit jamuan untuk Adlina...n invite bbrp org kwn2 dia yg duduk sekitar umah dan sekolah...just to appreciate her 10th birthday....Kami wat sehari awal sbb takut next week ramai kwn2 dia yg akan mula bercuti. Seperti biasa Kak Sariah (kakak angkatku) n family menjadi tetamu tetap kami...hehehe...No menu special...only Mee Rebus Johor atau kalau kat kg mertua diorg panggil Mee Jawa...agar2, buah n kek (menu wajib)...ingat nk wat kek sendiri...tp tak sempat laks nk menggodek...so terpaksalarr beli jer...tak lupa 'tit-bites' to all kids...It is just a simple n small party...yg penting Adlina happy dan rasa dirinya dihargai...

To my lovely Adlina....Hanya satu pinta ibu n abah...Semoga menjadi anak yg solehah...Keep up ur good work at scool...Semoga berjaya di dunia dan akhirat....amin...




More pics.....here

Luvs,

Sunday, October 25, 2009

Blog ku yg sunyi


Salam penuh kerinduan buat rakan2 blogger....lama rasanya tak berbicara kat sini...hehehe :D ...sunyi jer blog sy ni...Betul kata rakan facebook sy yg mempunyai blog...sejak wujudnya facebook jarang2 rasanya menziarahi blog ni...Tidak dinafikan asal on jer internet mesti ke facebook.com dulu...

Sy rasa hr ni sy cuma nk mencoretkan serba sedikit mengenai weekend sy yg dipenuhi dgn tugasan rumah seperti biasa #:-S ...Seminggu lg anak2 akan menghadapi peperiksaan akhir tahun..jd kesempatan yg ada sy gunakan utk membuat revision utk anak2 :-B . Hr ni pula hubby kena bekerja...mmg kami tak kemana2 pon...tp takpelarr smlm dah pon membawa anak2 ke Pantai Teluk Cempedak dan sempat juga window shopping di Parkson ;;) ...So hr ni sblh ptg hanya melayan movie di channel 411, 412 n 413 Astro.. :x ( kami dpt siaran free selama 2 bln from oct till nov sbb byr bil awal...katanya...entahler...wallahualam). Kalau ada baby leh gak melayannya...ini si Diyana tuhlarr jd babynyer...


Next week hubby kena ke UIA Gombak plak from friday to Sunday (30/10 - 01/11)...ada tennis tournament....hmm...bosan ler jwbnya...
Anyway...good luck abang...do your best k ;) ...Sejak seminggu yg lepas dah mula sibuk dgn training...so duty abang utk pick up Diyana balik scool kol 6 ptg tuh terpaksa larr sy yg buat...selalunya balik ofis sy hanya amik Adlina jer yg dah habis Kelas Kafa jam 5 ptg...tp takpelarr...bukannyer susah pon... B-)

Last week sy ada call mak di Klang...dia dah mula bertatih2...tp kena dipeganglarr tgnnya...happy sgt dengar berita tuh...
syukur alhamdulillah....sedikit demi sedikit perubahan positif pd diri mak....Dr dah mengesahkan penyakit mak tuh tiada berpunca dr 'cancer'.....alhamdulillah....Otot pd seluruh badan dia belum pulih sepenuhnya...Tiub pd hidung dia pon belum boleh dibuka lg...kerana otot utk menelan tu tak pulih sepenuhnya lg...mak dah boleh mkn seperti biasa tp perlu mknn yg lembut2 shj...cuma utk makan ubat dan minum susu dlm kuantiti yg byk tuh masih perlu menggunakan tiub...Sy percaya satu hr nnt mak akan sembuh sepenuhnya...Ya Allah kau permudahkanlah....

Ni pic kat McD Teluk Cempedak smlm... ;)

More pic kat sini LINK

Luvs,

Thursday, October 15, 2009

Tips Mendidik Permata Hati

* Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan)

* Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

* Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

* Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)

* Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

* Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

* Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai suatu bebanan kepada ibubapa mereka.

* Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

* Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

* Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg datangnya daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

* Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

* Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

* Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

* Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

* Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

* Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.

* Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja-kerja ofis selalunya lebih penting daripada keluarga.

* Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

* Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Ibarat kain yang putih, terpulanglah kepada anda untuk mencorakkannya. Semuanya di tangan anda.

Luvs,